Wednesday, June 25, 2014

Jawatan Kosong : Pengurus Online Akademi (ABDR)

Teks : Noor Afziha dan Rakan Niaga ABDR
Imej : Sumber carian Google


**Penafian : Ini bukan scam. Jawatan kosong ini memang betul-betul ada.


Bekerja dari rumah juga merupakan suatu kerjaya.


Elok saja lepas melahirkan anak kedua, salah seorang sepupu saya nekad membuat keputusan untuk berhenti kerja dari sebuah syarikat terkemuka di Malaysia. Namun, keputusan untuk berhenti kerja bukan boleh dibuat dalam sehari dua. Memerlukan pelan jangka masa pendek dan panjang, lebih-lebih lagi dalam keadaaan ekonomi sekarang. 


Suka atau tidak, selaku suri rumah sepenuh masa, kita perlu juga membantu suami dalam urusan tanggungjawab mencari nafkah untuk keluarga. Nanti tidaklah sampai tahap hendak beli keperluan diri sendiri pun terpaksa mengharapkan duit nafkah bulan-bulan yang diberikan oleh suami semata-mata. 


Sebab itulah selain daripada menawarkan pelbagai kelas online untuk membantu memajukan bisnes yang diusahakan oleh suri rumah, Akademi Bekerja di Rumah (ABDR) turut menawarkan satu jawatan dinamakan sebagai Pengurus Online Akademi. Jawatan ini terbuka kepada SEMUA. Yang baru berhenti kerja, berkerjaya, malahan suri rumah sepenuh masa juga layak untuk memohon. Tidak perlu kelayakan akademik tinggi. Bekerja sebagai Pengurus Online Akademi, hanya talian internet dan komputer diperlukan untuk membuat promosi dan urusniaga melalui platform media sosial.


Sebagai Pengurus Online Akademi, anda layak mempromosi produk akademi yang terdiri daripada:
1. Produk Digital - eBook
2. Perkhidmatan kelas online
3. Upah membuat blog
4. Mempromosi bengkel
5. Pakej Iklan


Kini tiada lagi istilah duduk rumah jadi suri rumah, goyang kaki saja. Lepas ini, boleh beritahu kawan-kawan, 

"Saya bekerja dari rumah sebagai pengurus online akademi!"


Hubungi saya untuk maklumat lanjut.

Noor Afziha
Pengurus Online Akademi Bekerja Di Rumah
Blog : noorafziha.blogspot.com
Personal FB : Afziha Hafiz
E-mail : afziha@gmail.com
Sms/whatsapp : 016 - 660 3236

Tuesday, June 24, 2014

Bisnes dan Blog : Bagai Aur Dengan Tebing.

Teks : Noor Afziha
Imej : Koleksi Peribadi



Formula Blog dan Bisnes (Noor Afziha, 2014)


Hampir 8 tahun berkecimpung dalam dunia blog, rata-rata kenalan blog yang saya kenali bermula sekadar suka-suka menulis berkongsi pengalaman di blog peribadi masing-masing. Sehari demi sehari menulis tanpa jemu, mula menjadi popular sedikit demi sedikit dalam komuniti blogger. Tanpa disedari, lama-kelamaan, ia menyumbang duit poket bermula daripada beberapa sen sehingga ada yang menjana pendapatan tiga ke empat angka melalui blogging.  Fuhhh! Malahan, ramai yang nampak peluang untuk memulakan bisnes sendiri dengan menggunakan blog masing-masing sebagai platform. 


Itu kisah penulis blog buat bisnes melalui blog.

Macam mana pula dengan ahli perniagaan yang dah ada bisnes? Perlu lagi ke buat blog?


Berbeza dengan laman web, blog lebih bersifat interaktif. Blog merupakan platform di mana penjual boleh berinteraksi secara dua hala dengan pelanggan. Melalui blog, penjual berpeluang untuk membina hubungan positif dengan pelanggan. Selain itu, penulisan jujur dalam blog akan mewujudkan kepercayaan dalam diri bakal pelanggan terhadap penjual. Apabila bakal pelanggan sudah percaya, barulah dia percaya dengan produk yang kita jual sebelum terus menjadi pelanggan. Bermula daripada seorang pelanggan, lama-kelamaan akan berkembang menjadi 2, 3 dan seterusnya sehingga produk atau servis yang dijual menjadi popular!


Tak percaya? 

Cubalah dulu.
Belum cuba, belum tahu.


Monday, June 23, 2014

FAQ Akademi Bekerja di Rumah (ABDR)

Teks : Noor Afziha dan Rakan Niaga ABDR   
Imej : Sumber carian Google



WAHM : My dream job!


Seperti anda, saya juga banyak buat research dahulu sebelum membuat keputusan untuk menyertai Akademi Bekerja di Rumah (ABDR). Pelbagai soalan yang berlegar-legar di kepala. Bagi memudahkan semua, bersama ini disertakan frequent-asked-questions (FAQ) yang sering diajukan tentang ABDR.


1. Bagaimana kelas ini dijalankan?
- Kelas berbentuk tutorial ini dijalankan sepenuhnya secara online.
- Protege akan diberikan ebook rujukan iaitu ebook Belajar Asas Blog.
- Protege akan dimasukkan dalam Group Kelas di Facebook. Komunikasi adalah secara one to one personal coaching) melalui PM di Facebook atau Group Kelas.
- Nota dan tuturial bergambar disediakan di dalam Group Kelas tersebut.


2. Bagaimana dengan Jadual kelas?
Jadua kelas adalah fleksibel, mengikut masa protege sendiri bila mahu belajar. Pertanyaan dan soalan boleh dilontarkan terus kepada guru online melalui message di Facebook. Peserta hanya perlu rajin menyiapkan tugasan yang diberikan dan rajin bertanya serta berhubung dengan guru jika ada soalan yang ingin diajukan.


3. Apakah Tugasan yang perlu dibuat?
Tugasan yang diberikan adalah sepenuhnya terus membantu protege menyiapkan blog masing-masing. Dengan ini protege tidak perlu mengambil masa lain lagi untuk menyiapkan semula blog mereka. Protege dan guru online hanya berhubung secara online sahaja. Hanya perlu ada kelengkapan gadget iaitu laptop atau komputer dan talian internet. Malah jika ada telefon canggih juga satu kelebihan kepada protege untuk membuat tugasan terus walau di mana pun mereka berada.


4. Di Mana Kelas Ini Diadakan?
Uniknya kelas kami secara online sahaja. Boleh mula bila-bila masa sudah sedia.


5. Saya bekerja, tak ada masa...
Disebabkan tuan/puan tak ada masa, itu sebab kelas ini masanya fleksibel. Iaitu 10 langkah mudah untuk kelas penulisan dan 16 langkah untuk kelas bisnes.


 6. Saya tak ada produk...
Produk kami sediakan. Anda boleh jadi Rakan Niaga Akademi. Jika sudah ada produk lagi ok, boleh teruskan menjual produk yang anda sedang dan/atau akan jalankan.


7. Berapa lama boleh pandai?
Bukan berapa lama boleh pandai, tetapi berapa cepat tuan/puan boleh siapkan tugasan. Ada pelajar laju ambil masa 10 hari sahaja, ada 3 minggu, ada sebulan dan ada lebih dari itu. Cepat atau lambat adalah bergantung kepada protege itu sendiri. Cepat siapkan tugasan, maka cepatlah kalian boleh mula menggunakan blog, Facebook dan Fanpage untuk menjana pendapatan pula.


8. Apa lagi yang kami dapat?
Jaringan dan perhubungan sahabat-sahabat lain yang juga dari kalangan surirumah, suri bekerjaya. Boleh berkenalan dan bertukar pandangan. Inilah kumpulan sokongan yang perlu untuk wanita yang bekerja di rumah, untuk mendapatkan semangat, pendapat, bina kenalan baru dan sebagainya. Juga pertukaran antara blog di akademi dapat membantu menarik traffik ke blog.


9. Siapa digalakkan menyertai ABDR?
Kelas ini terbuka kepada semua yang mahu memulakan bisnes secara online atau masih tidak tahu cara bagaimana mahu memulakannya. Khusus utama untuk suri rumah, suri bekerjaya yang mahu menambah pendapatan secara sambilan atau sepenuh masa. Juga dialu-lukan penyertaan untuk kaum adam.


10. Apakah ‘value-added’ yang anda akan perolehi?
Kami akan kongsikan tips, tunjuk ajar, panduan dan kumpulan sokongan untuk sama-sama berjaya mencapai matlamat masing-masing menyertai akademi ini.


Sekiranya masih ada lagi persoalan yang tiada jawapan, jangan malu dan jangan segan untuk bertanya kami. Sertai komuniti Akademi Bekerja di Rumah (ABDR) untuk mengenalpasti potensi diri dan mula menjana pendapatan dari rumah, sekarang!


Noor Afziha
Pengurus Online Akademi Bekerja Di Rumah
Blog : noorafziha.blogspot.com
Personal FB : Afziha Hafiz
E-mail : afziha@gmail.com
Sms/whatsapp : 016 - 660 3236

Sunday, June 22, 2014

Tips #02 : Idea Menulis Blog.

Teks : Noor Afziha
Imej : Sumber carian Google dan koleksi peribadi



Hari ini mahu cerita topik apa, ya?


Kebanyakan blogger yang sudah lama berkecimpung dalam dunia blogging mesti sudah biasa menghadapi situasi ini. Saya pun tidak terkecuali. Pernah sekali, saya menyepi sampai berbulan-bulan daripada menulis di blog, sampaikan beberapa orang pembaca sudi menghantar email peribadi semata-mata untuk bertanya khabar.


Teruknya saya rasa ketika itu!

Iyalah, kasihan pembaca kita punya lah setia setiap hari berkunjung datang ke blog kita, tetapi pulang dengan perasaan hampa kerana tidak 'disambut' dengan entri baru. Lebih-lebih lagi kalau kita mempunyai blog bisnes. Semakin lama blog dibiarkan sepi tanpa entri baru, pembaca akan mula tawar hati untuk berkunjung ke blog kita. Apabila semakin ramai pembaca 'lari', secara tak langsung bisnes kita akan terjejas kerana sudah hilang pelanggan!


Saya kongsikan 5 tips asas yang biasa saya gunakan untuk mendapatkan idea bagi menulis blog. Tips ini adalah berdasarkan kepada pengalaman saya selama bergelumang dalam dunia blog.


1. Pemerhatian Terhadap Persekitaran dan Isu Semasa

Baca surat khabar, layari internet, dengar radio, malahan dengan menonton rancangan kartun pun kita boleh jadikan sebagai sumber untuk menulis dalam blog seperti mana saya telah hasilkan sebuah entri bertajuk 'Kartun : Dari Kaca Mata Seorang Mama'. Contoh isu semasa paling hangat pada ketika ini adalah Piala Dunia 2014. Tidak salah untuk menyuarakan pendapat dan pandangan sendiri berkenaan sesuatu isu asalkan tidak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.


2. Jauh Perjalanan, Luas pengalaman

Bukankah terdapat satu pepatah dalam Bahasa Inggeris berbunyi, "Experience is Your Best Teacher". Setiap orang mempunyai dan mengalami pengalaman yang berbeza-beza, biarpun membuat suatu perkara yang sama. Maka, jangan lokek untuk berkongsi sebarang pengalaman peribadi terhadap sesuatu perkara. Tidak perlu susah hati kalau tiada pengalaman yang 'canggih' seperti pengalaman menyambut sendiri kelahiran bayi songsang, contohnya. Pengalaman kecil seperti 'pengalaman memandu kereta kali pertama' pun sudah boleh dijadikan sebagai idea untuk menulis di blog.


3. Ambil Gambar

Salah satu kegemaran saya adalah mengambil gambar. Saya suka mengambil gambar secara rawak tentang apa-apa saja yang berlaku di sekeliling. Daripada sebuah gambar, saya akan ceritakan sebarang kisah tersurat mahupun yang tersirat di sabalik gambar tersebut. Jadi, keluarkan apa saja jenis kamera yang kamu ada, dan mula ambil gambar!


4. Ulasan Produk / Perkhidmatan

Pandang sekeliling, lihat apa-apa saja barang atau produk atau servis yang sedang digunakan, dan beri ulasan. Bagi blog bisnes, boleh buat ulasan tentang perbezaan antara jenis-jenis produk yand dijual. Contohnya, blog jual kereta sorong bayi (stroller), boleh ceritakan perbezaan antara setiap jenis atau jenama stroller yang mendapat sambutan ramai. Sertakan sekali dengan pendapat atau feedback daripada pembeli sebelumnya utuk mengukuhkan lagi tahap kepercayaan bakal pelanggan terhadap produk yang kita jual. 


5. Buat Catatan atau Nota

Gunakan kemudahan aplikasi smartphone secara optimum! Saya gunakan aplikasi android ColorNote Sticky untuk mencatat nota tentang topik atau idea untuk menulis blog. Setiap kali melancong, saya akan catat tips atau panduan untuk dikongsi bersama pembaca blog. Idea kadang-kadang datang tanpa diduga, sebab itulah perlu dicatat agar kita tidak terlupa. 



Buku 555 zaman moden.


Bagaimana dengan anda? 

Ingat, usah biarkan blog menyepi terlalu lama, nanti pembaca 'merajuk' pula!


Saturday, June 21, 2014

Portfolio Blog Bisnes.

Teks : Noor Afziha
Imej : Sumber carian Google dan koleksi peribadi


Berbekalkan ilmu IT dan pengalaman blogging yang ada, saya mula menawarkan perkhidmatan membina Blog Bisnes Asas. 
Antara portfolio blog bisnes yang pernah dihasilkan :







Bagaimana hendak membina Blog Bisnes sendiri?

Sertai Kelas Asas Blog di Akademi Bekerja Di Rumah serta ikuti langkah demi langkah sehingga mahir untuk menyelenggara blog sendiri. Tiada masa untuk menghadiri kelas? Usah bimbang. Kelas ini dijalankan atas bimbingan guru online secara dalam talian. Hanya memerlukan komputer / tablet dan akses internet. Boleh dilakukan di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja. 

Masih bermasalah untuk menghasilkan Blog Bisnes sendiri?

Tiada masa hendak sertai kelas. Tidak sempat selesaikan tugasan. Blog yang dibuat sendiri kelihatan tidak meyakinkan dan profesional. Sukar untuk menggunakan personalised template. Sekiranya menghadapai masalah seperti ini, saya sedia menawarkan khidmat membina Blog Bisnes Asas.


Hubungi saya :


Noor Afziha
Pengurus Online Akademi Bekerja Di Rumah
Blog : noorafziha.blogspot.com
Personal FB : Afziha Hafiz
E-mail : afziha@gmail.com
Sms/whatsapp : 016 - 660 3236

Friday, June 20, 2014

Kebaikan Blogging Untuk Bisnes.

Teks : Noor Afziha
Imej : Carian Google



Blog bisnes umpama jambatan yang menghubungkan antara penjual dengan pelanggan. 


Tidak seperti laman web yang bersifat statik, blog bisnes bersifat dinamik dan interaktif. Isi kandungan blog juga sentiasa berubah. Selain itu, blog membenarkan anda untuk berinteraksi dengan pelanggan. Pelanggan boleh meninggalkan komen ataupun memberi cadangan terhadap produk dan servis yang kita tawarkan. Jangan takut menerima kritikan ataupun komen pelanggan kerana dari situlah turning point untuk melakukan tindakan pembetulan dan penambahbaikan.



Untuk lebih faham tentang Kebaikan Blogging Untuk Bisnes, sila rujuk kepada gambarajah di bawah :



Belum cuba, belum tahu!



Thursday, June 19, 2014

Apakah Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) ?

Teks : Noor Afziha 
Imej : ABDR



Baca tajuk ada ala-ala macam Akademi Fantasia; sebuah program realiti TV. Bezanya, Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) merupakan sebuah program realiti yang beroperasi di alam maya yang diasaskan oleh Puan Masayu Ahmad


Menarik bunyinya, bukan?


Pertama kali mendengar tentang ABDR, adalah sewaktu saya berkunjung ke blog Ayu Rashid; seorang Working-at-Home-Mom (WAHM). Kemudian, saya terus menghubunginya melalui Whatsapp dan Facebook. Kami bertukar cerita dan pengalaman, serta perihal ABDR yang begitu membantunya dari segi menjana pendapatan dari rumah. Biarpun berkerjaya sepenuh masa, namun tipu lah kalau saya katakan yang saya tidak menanam niat untuk bergelar WAHM sepertinya suatu hari nanti. Sebab itulah, saya terus buat keputusan untuk memulakan langkah pertama dengan mendaftar menjadi ahli Rakan Niaga ABDR.  


Kini, saya mula mempelajari selok-belok etika penulisan yang betul sambil mencari peluang menjadi usahawan. Jalan sudah ada, tinggal untuk mencorakkannya sahaja. 



Berminat untuk menyertai Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) atau menjadi Rakan Niaga ABDR seperti sayaHubungi saya. Boleh kita bersembang lebih panjang. 

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa yang ada pada diri mereka" (Ar-Ra'd:11)


Noor Afziha
Pengurus Online Akademi Bekerja Di Rumah
Blog : noorafziha.blogspot.com
Personal FB : Afziha Hafiz
E-mail : afziha@gmail.com
Sms/whatsapp : 016 - 660 3236

Wednesday, June 18, 2014

Tips #01 : Formula Asas Menulis Entri Blog.

Teks : Noor Afziha
Imej : Art Biz Blog


Ramai di kalangan pembaca dan rakan-rakan sering bertanya,


"Macam mana cara menulis yang betul?"

"Susah nak menulis. Tiada idea."

"Tidak pandai menulis."


Sebuah blog tanpa tulisan atau entri umpama rumah tanpa perabot. Hilang seri dan terasa kosong!


Bukan mudah hendak menjadi seorang penulis blog. Apatah lagi buat yang bergelar penulis blog sepenuh masa. Ia sangat memerlukan komitmen dan usaha tanpa henti. Namun, bukan bermaksud ia tidak boleh diasuh. Paling penting, kena rajin membaca untuk menambah ilmu juga untuk menjana idea serta teruskan menulis tanpa jemu. Pemerhatian terhadap perkara yang sedang berlaku di sekeliling kita juga boleh dijadikan pencetus kepada sesebuah entri blog. 


Konsep menulis blog, sama juga macam kita menulis karangan sewaktu zaman sekolah dulu. Saya senaraikan Formula Asas Menulis Entri Blog untuk rujukan bersama.


1. Tajuk
Contoh tajuk karangan masa sekolah; 'Saya Sebatang Pensel'. Daripada tajuk, kita boleh dapat gambaran keseluruhan skop artikel blog yang bakal dihasilkan. Merujuk kepada tajuk, post akan berkisar tentang kisah riwayat hidup sebatang pensel.


2. Pendahuluan
Ini penting untuk menarik minat pengunjung blog untuk terus membaca. Pengenalan tak semestinya bermula dengan frasa 'Pada suatu hari...' Ia boleh dipelbagaikan seperti dimulakan dengan petikan lirik lagu, gambar yang berkaitan dengan tajuk, dialog dan sebagainya mengikut kreativiti.


3. Isi Kandungan
Bahagikan isi kandungan blog kepada beberapa perenggan. Paling minima, dua perenggan. Contohnya, merujuk kepada kisah 'Saya Sebatang Pensel' itu tadi, isi kandungan boleh dibahagikan kepada asal-usul, pengkisahan hidup, kemuncak cerita dan pengakhiran.


4. Grafik
Jadikan entri blog kelihatan menarik dengan meletak imej berselang-seli dengan tulisan. Penulisan yang terlalu panjang tanpa grafik boleh menjadikan pembaca mudah bosan. Anda akan dianggap terlalu serius dan pembaca terasa seolah-olah sedang membaca sebuah jurnal pula!


5. Penutup
Umpama menonton filem wayang, kita selalu mengharapkan pengakhiran yang baik (happy ending). Begitu juga dalam seni penulisan blog. Sudah ada kepala (pendahuluan), badan (isi kandungan), anggota badan (grafik), mestilah disokong dengan kaki (penutup) sebagai pelengkap. Sudahi penulisan dengan ayat yang menarik pengunjung blog untuk datang kembali.




Mulakan dengan entri pengenalan diri atau perniagaan terlebih dahulu. Orang kata, tak kenal, maka tak cinta.


Masih tidak tahu cara yang berkesan untuk menulis di blog?

Jom sertai Kelas Asas Blog dan Penulisan di Akademi Bekerja Di Rumah.


Noor Afziha bt Ngarisan
Pengurus Online Akademi Bekerja Di Rumah
Blog : noorafziha.blogspot.com
Personal FB : Afziha Hafiz
E-mail : afziha@gmail.com
Sms/whatsapp : 016 - 660 3236

Tuesday, June 17, 2014

Bagaimana Blog Membantu Bisnes?

Teks : Noor Afziha 
Imej : Carian Google


Berbeza dengan perniagaan sebelum kemunculan era internet, usahawan suatu ketika dahulu hanya bergantung kepada media massa seperti katalog, televisyen, radio, surat khabar dan majalah untuk promosi bisnes masing-masing. Malahan, setiap kali ada pertambahan produk atau perubahan harga, peniaga terpaksa melabur banyak wang untuk mencetak katalog baru. Kalau dikira-kira, silap haribulan, lebih banyak wang habis dikeluarkan untuk promosi berbanding untung yang diperolehi!


Sehinggalah zaman internet mula meledak sekitar tahun 90-an.


Namun begitu, masih ramai usahawan di luar sana yang kurang terdedah ataupun tidak perasan akan peranan internet dan impak terhadap bisnes. Laman web online shopping terkenal di Malaysia seperti Fashion Valet (FV) mula menempa nama di kalangan peminat fesyen tanahair melalui blog. Perlahan-lahan pengasasnya bertapak di blog dahulu, bercerita tentang minat mendalam dalam dunia fesyen. Dari blog tersebut, secara tidak langsung telah membentuk komuniti pembaca tegar dan peminat tersendiri. Dari situlah, mula nampak peluang perniagaan yang ada dan berniaga secara kecil-kecilan di blog. Apabila perniagaan melalui blog semakin berkembang dan memperoleh pendapatan stabil, barulah upgrade kepada laman web. 


Malahan, FV masih mengekalkan konsep blog bisnes di Fashion Valet untuk berhubung dan berinteraksi dengan pelanggan. Blog dilihat berkeupayaan untuk menarik lebih ramai pembaca berbanding laman sosial yang lain. Apa yang paling penting, blog merupakan cara paling mudah dan murah untuk mendapatkan rangkaian (networking) serta mula menjana pendapatan dari rumah. Pengaruhnya cukup besar terutamanya di kalangan pengguna laman sosial masa kini.


Sekiranya masih berkira-kira untuk memiliki laman web perniagaan sendiri, anda boleh mulakan dengan blog. Berbanding laman web yang memerlukan bayaran sewa secara berkala, perkhidmatan blog adalah PERCUMA. Tidak perlu bayar domain. Malahan, blog sangat mudah untuk diselenggara. Kita tidak perlu menjadi seorang pengaturcara komputer untuk memiliki dan menyelenggara sesebuah blog.


Hanya tiga langkah mudah diperlukan untuk membina blog di platform Blogger. 

Tidak sampai lima minit, anda sudah boleh mula melebarkan sayap perniagaan di alam maya.



Ayuh, mulakan langkah pertama anda!