Tuesday, June 17, 2014

Bagaimana Blog Membantu Bisnes?

Teks : Noor Afziha 
Imej : Carian Google


Berbeza dengan perniagaan sebelum kemunculan era internet, usahawan suatu ketika dahulu hanya bergantung kepada media massa seperti katalog, televisyen, radio, surat khabar dan majalah untuk promosi bisnes masing-masing. Malahan, setiap kali ada pertambahan produk atau perubahan harga, peniaga terpaksa melabur banyak wang untuk mencetak katalog baru. Kalau dikira-kira, silap haribulan, lebih banyak wang habis dikeluarkan untuk promosi berbanding untung yang diperolehi!


Sehinggalah zaman internet mula meledak sekitar tahun 90-an.


Namun begitu, masih ramai usahawan di luar sana yang kurang terdedah ataupun tidak perasan akan peranan internet dan impak terhadap bisnes. Laman web online shopping terkenal di Malaysia seperti Fashion Valet (FV) mula menempa nama di kalangan peminat fesyen tanahair melalui blog. Perlahan-lahan pengasasnya bertapak di blog dahulu, bercerita tentang minat mendalam dalam dunia fesyen. Dari blog tersebut, secara tidak langsung telah membentuk komuniti pembaca tegar dan peminat tersendiri. Dari situlah, mula nampak peluang perniagaan yang ada dan berniaga secara kecil-kecilan di blog. Apabila perniagaan melalui blog semakin berkembang dan memperoleh pendapatan stabil, barulah upgrade kepada laman web. 


Malahan, FV masih mengekalkan konsep blog bisnes di Fashion Valet untuk berhubung dan berinteraksi dengan pelanggan. Blog dilihat berkeupayaan untuk menarik lebih ramai pembaca berbanding laman sosial yang lain. Apa yang paling penting, blog merupakan cara paling mudah dan murah untuk mendapatkan rangkaian (networking) serta mula menjana pendapatan dari rumah. Pengaruhnya cukup besar terutamanya di kalangan pengguna laman sosial masa kini.


Sekiranya masih berkira-kira untuk memiliki laman web perniagaan sendiri, anda boleh mulakan dengan blog. Berbanding laman web yang memerlukan bayaran sewa secara berkala, perkhidmatan blog adalah PERCUMA. Tidak perlu bayar domain. Malahan, blog sangat mudah untuk diselenggara. Kita tidak perlu menjadi seorang pengaturcara komputer untuk memiliki dan menyelenggara sesebuah blog.


Hanya tiga langkah mudah diperlukan untuk membina blog di platform Blogger. 

Tidak sampai lima minit, anda sudah boleh mula melebarkan sayap perniagaan di alam maya.



Ayuh, mulakan langkah pertama anda!


No comments:

Post a Comment