Tuesday, June 24, 2014

Bisnes dan Blog : Bagai Aur Dengan Tebing.

Teks : Noor Afziha
Imej : Koleksi Peribadi



Formula Blog dan Bisnes (Noor Afziha, 2014)


Hampir 8 tahun berkecimpung dalam dunia blog, rata-rata kenalan blog yang saya kenali bermula sekadar suka-suka menulis berkongsi pengalaman di blog peribadi masing-masing. Sehari demi sehari menulis tanpa jemu, mula menjadi popular sedikit demi sedikit dalam komuniti blogger. Tanpa disedari, lama-kelamaan, ia menyumbang duit poket bermula daripada beberapa sen sehingga ada yang menjana pendapatan tiga ke empat angka melalui blogging.  Fuhhh! Malahan, ramai yang nampak peluang untuk memulakan bisnes sendiri dengan menggunakan blog masing-masing sebagai platform. 


Itu kisah penulis blog buat bisnes melalui blog.

Macam mana pula dengan ahli perniagaan yang dah ada bisnes? Perlu lagi ke buat blog?


Berbeza dengan laman web, blog lebih bersifat interaktif. Blog merupakan platform di mana penjual boleh berinteraksi secara dua hala dengan pelanggan. Melalui blog, penjual berpeluang untuk membina hubungan positif dengan pelanggan. Selain itu, penulisan jujur dalam blog akan mewujudkan kepercayaan dalam diri bakal pelanggan terhadap penjual. Apabila bakal pelanggan sudah percaya, barulah dia percaya dengan produk yang kita jual sebelum terus menjadi pelanggan. Bermula daripada seorang pelanggan, lama-kelamaan akan berkembang menjadi 2, 3 dan seterusnya sehingga produk atau servis yang dijual menjadi popular!


Tak percaya? 

Cubalah dulu.
Belum cuba, belum tahu.


No comments:

Post a Comment